AKTIVITI-AKTIVITI HARUM
PROGRAM-PROGRAM YANG PERNAH DIJALANKAN:
Program ‘Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara’ -
HARUM 2012
Program Ambang Ramadhan 2012
Misi Bantuan Kemanusiaan dan Kasih Sayang Selatan
Filipina, Kepulauan Sulu
Misi kemanusiaan sempena Hari Raya Eidul Adha 2012
Lawatan Muhibbah ke Negara-negara Asia Tenggara Wali
Songo 2012
Misi Kemanusiaan, Sabah, Malaysia
Malam Kesenian Teater Cinta Rasul 2013
1)
Program Ziarah Ke Negara-Negara Asia Tenggara
Seketariat HARUM telah merangka program
ziarah ke Negara-Negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand, Brunei,
Singapura, Filipina, Vietnam dalam rangka lawatan kerja dan menjalinkan
hubungan dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan kebajikan
dan kemanusiaan sepanjang tahun 2012.
2)
Misi Kemanusiaan dan Kasih Sayang di Selatan Filipina
Buat pertama kali Kepulauan Sulu menerima
delegasi Misi Kemanusiaan Kasih Sayang daripada pertubuhan HARUM Malaysia
dengan memfokuskan bantuan kepada masyarakat Kepulauan Sulu. Kehidupan
masyarakat di Kepulauan Sulu kebanyakkannya amat susah, miskin, tiada bekalan air bersih yang mencukupi, tanpa
bekalan elektrik , rumah yang usang beratapkan rumbia dan berlantaikan bulu,
tiada pendidikan yang sempurna, jauh dari pembangunan dan kecanggihan
teknologi, tanpa kewarganegaraan, tersisih dan berserakan. Kehidupan yang
sentiasa berlapar serta susah akibat kemiskinan yang menghimpit disebabkan kesan peperangan yang panjang.
HARUM dan
gabungan NGO -NGO Islam Asia Tenggara membawa mesej cinta dan kasih sayang
untuk semua masyarakat Asia Tenggara. Berkongsi rasa dan penderitaan umat Islam
di Kepulauan Sulu dan memfokuskan dengan
menyeru semua pihak yang mahu bersama agar dapat membantu dan
meringankan kesusahan rakyat umat Islam di Kepulauan Sulu supaya mereka dapat
menikmati makanan dan keperluan asas yang mampu meringankan kesusahan mereka.
Sudah sampai masanya kita hulurkan kasih sayang yang lama tidak dinikmati umat
Islam di Kepulauan Sulu.
Kepulauan
Sulu 100% adalah terdiri daripada orang Islam. Kepulauan Sulu pernah didatangi
pendakwah arab yang dikatakan dari keturunan Rasulullah SAW. Mereka inilah yang
telah mengislamkan keseluruhan masyarakat di Sulu dan berkahwin dengan
masyarakat setempat dan menetap sehingga kini. Masyarakat Sulu sangat
mengormati Ulama' . Kita membantu atas dasar kasih sayang, kedamaian dan
persaudaraan dalam Islam.
Dengan
semangat dan DASAR KASIH SAYANG pada ummat baginda Nabi SAW - Ikatan
Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HARUM) dan Barisan NGO-NGO Muslim yang
bersama-sama serta umat Islam Nusantara tampil mengambil inisiatif merintis
MISI KEMANUSIAAN KASIH SAYANG dengan sumbangan berupa pakaian dan bantuan
kewangan kepada rakyat Kepulauan Sulu
yang tertindas. Beberapa siri Misi Kemanusiaan ini akan dihantar lagi untuk
membantu meringankan bebanan yang ditanggung rakyat Islam di sana.
3)
Majlis Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara, Shah
Alam, Malaysia
Majlis Himpunan Kekeluargaan Rumpun
Nusantaratelah diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah
Alam, Malaysia pada 13 hingga 15 April 2012. Himpunan ini antara lain bertujuan
mengeratkan ikatan kekeluargaan rumpun Nusantara berteraskan penghayatan
sebenar Tauhid-Tasawuf. Pengkajian tentang sejarah kedatangan ISLAM ke Asia
Tenggara ini melibatkan susur galur yang panjang dan sejarah yang menarik;
CERIBON, PATANI, MELAKA, JAWA, CHAMPA dan lain-lain kawasan di Asia Tenggara
dalam pengkajian sejarah adalah berasal daripada rumpun dan bangsa yang sama.
Maka HARUM telah cuba tautkan kembali kekeluargaan Rumpun Nusantara atas dasar
cinta kepada UMMAH.Maka digagaskan beberapa objektif yang dilihat memerlukan
kerjasama ramai pihak bagi :
a)
Mencetus kesedaran di kalangan masyarakat pelbagai
lapisan akan hubungan kekeluargaan rumpun Nusantara;
b)
Meneladani sejarah dan kebijaksanaan para tokoh ilmuan
(ulama’) dan pemerintah (umara’) yang telah membangunkan masyarakat di
Nusantara sebagai satu rumpun;
c)
Memahami nilai-nilai asas yang mengukuhkan kerukunan
serta menjadi teras kesejahteraan rantau Nusantara mencapainya.
Program ini yang diadakan dengan tema 'Di
Sini Bermulanya Cinta’ telah berjaya menarik hampir 1,000 orang delegasi
daripada pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand, Kemboja
dan Singapura yang terdiri daripada para ulama-ulama Asia Tenggara dan para
peserta program Himpunan Kekeluargaaan Rumpun Nusantara. Program ini telah
mendapat kerjasama yang cukup baik daripada pihak Majlis Agama Islam Negeri dan
Jabatan Agama Islam Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, NGO-NGO
Islam seperti Pengkaji, PERKID dan sebagainya.
Program ini telah Berjaya mengenengahkan
semula nilai-nilai masyarakat Asia Tenggara yang dikongsi bersama seperti ilmu
persilataan Islam, ilmu perubatan Islam, kesenian Islam, tradisi keilmuan para
ulama Tauhid Tasawuf, kebudayaan masyarakat Asia Tenggara dan pelbagai lagi.
Program ini telah mencapai objektifnya dengan menyatukan semula masyarakat Asia
Tenggara melalui kaedah-kaedah yang
terbukti berkesan yang pernah dan telah dibawa oleh ulama-ulama terdahulu
ketika awal-awal kedatangan Islam di Asia Tenggara dahulu.
4)
Sambutan Hari Raya Eidul Fitri 2012 di Sabah
HARUM telah mengadakan sambutan Hari Raya
Eidul Fitri 2012 di Lahad Datu, Sabah Malaysia, untuk meraikan masyarakat Islam
yang hidup dalam kesusahan dan tertindas di sana. Rombongan HARUM telah
membantu masyarakat di Sabah yang mempunyai pelbagai etnik didalam masyarakat
yang kebanyakkannya hidup dalam serba kekurangan dan kedhoifan. Bantuan hari
raya seperti pakaian, makanan dan kewangan hasil sumbangan orang ramai telah
diberikan kepada mesyarakat setempat. HARUM juga telah mengadakan rumah terbuka
Hari Raya Eidul Fitri 2012 bagi berkongsi kegembiraan menyambut Syawal bersama
mereka.
5)
Misi Kemanusian & Kekeluargaan Serta Sambutan Majlis Korban di Selatan
Filipina
Dalam pada waktu kini banyak NGO-NGO Islam
menghantar daging korban ke Kemboja, Pattani, Indonesia, Rohingya, Filipina dan
ceruk rantau dimana saudara seislam yang tidak bernasib baik, Sekreteriat HARUM
telah tampil membantu atas dasar persaudaraan dan cinta buat saudara seislam
kita yang sudah lama menjadi mangsa perang di Kepulauan Sulu. Sekreteriat HARUM menganjurkan Ibadah Qurban untuk
membantu masyarakat Islam di Kepulauan Sulu serta misi bantuan kemanusiaan di
sana. Banyak kampong-kampung di Kepulauan Sulu yang tidak pernah merasai daging
korban sebelum ini. Dengan inisiatif HARUM, sebanyak lebih 50 ekor lembu telah
disumbangkan oleh orang ramai bagi membantu dan memeriahkan sambutan hari raya
Korban 1433H di kepulauan Sulu.
Seketariat
HARUM juga pada masa yang sama telah menyumbangkan lembu-lembu korban kepada
penduduk-penduduk di Wilayah Mindanoa seperti di Merawi City, Filipina sebagai
tanda kekeluargaan dan kasih saying kepada umat Islam di selatan Filipiana
wilayah Mindanoa. Program-program korban di Selatan Filipina ini telah Berjaya
dilaksanakan dengan jayanya malah telah memberi impak yang cukup besar dalam
memperkukuhkan jalinan kasih saying dan kekeluargaan masyarakat Asia Tenggara.
AKTIVITI –AKTIVITI AKAN DATANG
1)
Misi bantuan kemanusian perkampungan Champ, sempadan
Kemboja-Vietnam pada Disember 2013
2)
Misi bantuan kemanusian,pendidikan dan keilmuan ke
Cirebon, Jawa Indonesia pada Disember 2013
3)
Progam Ibadah Umrah Asia Tenggara Januari 2014
4)
Program Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara di
Acheh, Indonesia pada Jun 2014
No comments:
Post a Comment