LATAR
BELAKANG PENUBUHAN HARUM
Idea penubuhan HaRUM (Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara) pertama kali telah di diilhamkan penubuhannya apabila melihat kepada cabaran dan masa depan masyarakat di Asia Tenggara yang
masih didalam serba kekurangan seperti program-program bantuan kemanusiaan dan
kebajikan, pendidikan dan keilmuan, pengkajian pensejarahan dan tamadun
bangsa-bangsa di Asia Tenggara, pembangunan sosio - ekonomi dan pengupayaan
masyarakat Asia Tenggara melalui kemahiran dan pembangunan jatidiri dan yang
paling penting ialah cabaran bagi mengukuhkan persaudaraan dan mengeratkan
ikatan kekeluargaan serta silaturahim masyarakatIslam di Asia Tenggara menjadi
faktor gagasan HARUM ini ditubuhkan.
HARUM ditubuhkan pada 30
November 2011 di Shah Alam. HARUM merupakan gabungan beberapa NGO-NGO dan
pertubuhan Islam yang berkongsi rasa dan cita-cita untuk mencetus kesedaran di
kalangan masyarakat pelbagai lapisan akan hubungan kekeluargaan masyarakat Asia
Tenggara sebagai satu keluarga besar. Di atas dasar kekeluargaan ini maka pada
April 2012 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Malaysia, HARUM
julung kalinya mengadakan satu program yang menghimpunkan masyarakat daripada
seluruh Asia Tenggara dalam program Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara yang
bertemakan ‘Di Sini Bermulanya Cinta’.
Antara matlamat program
tersebut adalah mengangkat mesej Cinta kekeluargaan Asia Tenggara atas nama
Allah, Rasul dan para auliaNya. Ia juga untuk menghidupkan cinta dengan
semangat jihad, pengorbanan masa, tenaga, kewangan, keluarga demi menghubungkan
dan membangkitkan sebuah keluarga yang besar atas amanah yang telah diberikan.
HARUM kini sentiasa aktif
untuk menggembeleng tenaga dan kepakaran di kalangan ahli-ahlinya untuk
terlibat secara serius dalam semua usaha-usaha bagi memacu transformasi dan
penyertaan seluruh ahli keluarga dalam semua bidang bagi merapatkan jurang yang wujud diantara ahli
keluarga dengan meneladani sejarah dan kebijaksanaan para tokoh ilmuan (ulama’)
dan pemerintah (umara’) yang telah membangunkan masyarakat di Nusantara sebagai
satu rumpun.
Penggerak kejayaan HARUM
adalah diatas dedikasi dan keikhlasan para pemimipin HARUM yang terdiri daripada ulama-ulama, usahawan
dan pelbagai kerjaya yang berjaya dalam industri masing-masing dalam memahami
nilai-nilai asas yang mengukuhkan kerukunan serta menjadi teras kesejahteraan
rantau Asia Tenggara.
Antara tujuan penubuhan HARUM
:
1. Menganjurkan
sebarang aktiviti bagi menyuburkan semangat persaudaraan dan kekeluargaan di
kalangan umat Islam di Asia Tenggara.
2. Melaksanakan
kerja ke arah pengupayaan umat Islam Asia Tenggara melalui peningkatan ilmu,
pembinaan disiplin, kemahiran dan daya membangun jatidiri dengan nilai-nilai
murni.
3. Mengadakan
program komuniti untuk memberi khidmat kebajikan dan bantuan kemanusiaan kepada
komuniti umat Islam khususnya dan seluruh masyarakat amnya di Asia Tenggara.
4. Menyumbangkan
tenaga, kemahiran serta kerjasama dalam menangani permasalahan dan isu-isu
sejagat masyarakat Asia Tenggara.
5. Menyatakan
suara dan pendirian yang bertunjangkan kebenaran, keilmuan dan kesejahteraan
sejagat.
6. Menganjurkan
kerjasama dengan badan-badan di peringkat nasional dan antarabangsa dalam usaha
mencapai tujuan-tujuan di atas.
7. Menganjurkan
program untuk mengumpul kekuatan dikalangan masyarakat Asia Tenggara yang
memiliki kesedaran yang sama.
Besar harapan dengan
penubuhan HARUM ini aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, bantuan kemanusiaan,
pendidikan dan keilmuan, sosio-ekonomi dan sebagainya di Asia Tenggara dapat menyuburkan
kembali kasih saying serta menyatukan masyarakat Asia Tenggara khususnya umat
Islam dalam menghadapi cabaran masa hadapan.
No comments:
Post a Comment