Misi Kemanusiaan Pantai Timur








      Jumaat  (6 Disember 2013)
     Jam 3.00 Petang, Misi HaRUM dijalankan dengan sumbangan daripada Wakil-Wakil dari Dungun untuk misi Cinta dan Kasih Sayang. Semua agihan-agihan sumbangan dikumpul di Ribath Tok Limbong, Kemaman Sumbangan dibawa mengunakan bot untuk masuk ke kawasan banjir yang dipenuhi air. Pergerakan pertama ke Madrasah Mustaqim di Kemaman. Sukarelawan HaRUM yang merupakan bangsa banjir turut menceritakan saat cemas untuk membawa keluarganya keluar daripada terperangkap dalam banjir. Terpaksa membuang air yang melimpah masuk ke dalam rumah sebelum menunggu bot askar datang untuk menyelamatkan. Ramai yang dibawa keluar dari kawasan yang banjir berkongsi cerita yang sama tentang kerosakan barang dan sebagainya. Suasana yang hiba dan sedih membawa keinsafan akan takdir yang dilalui. Di Madrasah Mustaqim, para pelajar hampir kehabisan makanan dan menceritakan di Masjid Pasir Minal keadaan air banjir yang banyak sehingga ke paras leher. Sukarelawan HaRUM meneruskan perjalanan melawat ke kawasan yang musnah akibat  banjir. (Jambatan Runtuh, Sekolah dinaiki air, dan jalan-jalan yang rosak.

      Sabtu (7 Disember 2013)
     Delegasi HaRUM diteruskan ke Kuala Terengganu diketuai Encik Zulkifli dan 9 orang sukarelawan yang lain. Sukarelawan bergerak ke Kampung Pasir Gajah untuk memberi sumbangan bekalan makanan,pakaian dan keperluan-keperluan yang lain. Seramai 10 Keluarga yang tinggal di kampung mengalami keadaan banjir yang agak teruk dimana segalanya musnah (Barangan elektrik, kenderaan dan pakaian), Keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir telah diarahkan untuk pulang ke rumah pada waktu yang sama ekoran keadaan banjir yang mula surut.

      Ahad (8 Disember 2013)
     Pada hari ketiga, Sukarelawan HaRUM dari pantai timur berkumpul di Ribath Tok Limbong (Pusat misi Kemanusiaan). Barang (Sumbangan) dari Kuala Lumpur sampai pada jam 5.00pagi. Seramai 18 orang sukarelawan dengan 4 pacuan roda, 4 lori dan 2 van bergerak ke kawasan banjir. Sukarelawan HaRUM bergerak ke kampung Pasir Gajah. Disana hampir kesemua harta-benda. kereta rosak dan dimaklumkan air banjir paras kepala. Seterusnya misi bergerak ke Kampung Air Putih untuk menghulurkan sumbangan. Sampai disana, melihat ramai penduduk datang ke tempat memberi sumbangan untuk mendapatkan keperluan. Suasana memberi keinsafan apabila melihat keadaan ramai yang datang untuk mendapatkan keperluan.Misi diteruskan lagi ke Kampung Dadung dan bergerak mengelinggi kampung untuk mengagihkan bekalan yang dibawa. Misi kemanusiaan pada hari ini tamat jam 9.30 malam.

Hari Pertama - Di kemaman, mengedarkan sumbangan menaiki bot kecil.

Barang makanan dibawa menggunakan bot.

Proses mengedarkan sumbangan.

Sumbangan makanan untuk mangsa banjir.

Suasana barang-barang didalam rumah rosak akibat banjir.

Sebelum bergerak ke perkampungan.

Mengedarkan sumbangan di perkampungan.

Proses membungkus bekalan makanan untuk diedar kepada mangsa banjir.

Keadaan perabot rosak akibat air banjir.

Sekumpulan penduduk kampung mendapatkan sumbangan.

Sebahagian ahli sukarelawan HaRUM.

Sumbangan di Kampung Dadung

Sukarelawan HaRUM disebuah perkampungan.

Delegasi Misi Kemanusiaan pada hari ketiga (Ahad)


Suasana perjalanan untuk masuk ke 1 perkampungan.


Keadaan jalan yang berlumpur.


                   :


No comments:

Post a Comment